Am Tai Chi Chuan

Thai chi chuan membawa maksud penumbuk teragung merupakan salah satu aliran bela diri yang berasal dari Cina. Ia menggunakan amalan Taois untuk membawa keseimbangan antara kuasa baik dan buruk dalam badan supaya mencapai tahap kesimbangan di dalam badan dan alam sekeliling melalui latihan yang telah ditetapkan.

Bentuk tai chi adalah latihan pergerakan perlahan yang matlamat utamanya adalah mengajar pengamalnya cara mencapai kesegaran rohani dan jasmani dalam badan, manakala kemahiran tempur dalam kesenian ini adalah matlamat kedua.

Pergerakan tai chi direka agar membenarkan anggota tubuh bergerak secara berterusan dan bertenang, tanpa gangguan dan struktur laihan ini bagi membenuk kaedah menenangkan fikiran sementara pada masa yang sama menumpukan kearah meningkatkan tahap kesedaran. Kerana keupayaannya menenangkan fikiran, amalan tai chi ini semakin mendapat tempat dikalangan penduduk Barat yang tertekan dengan gaya kehidupan di sana.

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tai Chi Chuan
Rencana berkenaan budaya ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.